18 November 2008

Anak Suka Video, TV, dialog lucah dan hamil

Kesan pengaruh TV ke atas kanak-kanak serta remaja adalah isu yang sekian lama dibincangkan. Kajian terbaru cuba melihat peranan terhadap isu kehamilan di kalangan remaja.

MASALAH kehamilan luar nikah meningkat tiga peratus pada tahun 2006 di Amerika Syarikat... di Malaysia..?


SATU kajian terkini menunjukkan bahawa kadar kehamilan adalah lebih tinggi di kalangan remaja yang menonton banyak rancangan televisyen mengandungi dialog dan tingkah laku berbentuk seksual berbanding mereka yang mempunyai cita rasa yang lebih 'jinak'.

Kajian terbaru itu merupakan yang pertama menghubungkan tabiat menonton televisyen dengan kehamilan remaja, kata penulis utama, Anita Chandra, seorang saintis perlakuan Rand Corp.

Golongan remaja yang menonton rancangan-rancangan yang agak lucah dua kali lebih tinggi untuk mengandung dalam masa tiga tahun berbanding mereka yang kurang menonton program seumpama itu.

Kajian sebelum ini yang dilaksanakan oleh para saintis yang sama telah mendapati bahawa tabiat menonton rancangan berbentuk seks di televisyen boleh mempengaruhi golongan remaja untuk terlibat dalam aktiviti itu pada usia yang lebih muda.

Rancangan-rancangan yang hanya menekankan aspek positif tingkah laku seksual tanpa risiko yang ada boleh membawa kepada golongan remaja melakukan seks tanpa perlindungan sebelum mereka bersedia untuk mengalas tanggungjawab dan keputusan yang betul," kata Chandra.

Hasil kajian tersebut telah diterbitkan pada isu bulan November Pediatrics.

Ia melibatkan 2,003 remaja perempuan dan lelaki yang berusia 12 sehingga 17 tahun seluruh Amerika Syarikat (AS) menerusi soal selidik telefon mengenai tabiat menonton televisyen mereka pada tahun 2001.

Responden-responden terbabit ditemuramah sebanyak dua kali, terakhir pada tahun 2004, dan ditanya mengenai kehamilan.

Di kalangan remaja perempuan, 58 mengandung semasa temu ramah susulan itu, dan di kalangan lelaki, 33 mengatakan mereka telah menyebabkan seorang gadis mengandung.




SELAIN filem, rancangan-rancangan televisyen yang tidak ditapis menjadi salah satu punca kehamilan luar nikah dalam kalangan remaja Amerika Syarikat. – Gambar hiasan


Para peserta ditanya kekerapan mereka menonton salah satu atau lebih daripada 20 rancangan televisyen popular di kalangan remaja pada masa itu atau yang telah didapati mengandungi pengisian berbentuk seksual.

Antara rancangan-rancangan yang terlibat termasuk Sex and the City, That 70s Show dan Friends.

Kehamilan berlaku dua kali lebih kerap di kalangan mereka yang berkata sering menonton rancangan-rancangan tersebut berbanding remaja lain yang berkata amat jarang menontonnya.

Terdapat lebih tinggi jumlah mereka yang hamil di kalangan kumpulan remaja yang lebih dewasa, tetapi kadar kehamilan kekal konsisten di serata kumpulan usia remaja yang menonton program-program berunsurkan lucah.

Chandra berkata menonton televisyen mempunyai hubungan yang kuat dengan kehamilan remaja apabila faktor lain turut diambil perhatian, termasuk pencapaian di sekolah, struktur keluarga dan aras pendidikan ibu bapa.

Tambah Scroeder, "Media juga memainkan peranan tetapi kita tidak tahu setakat mana kerana terdapat pelbagai faktor lain."

Tetapi Bill Albert, ketua pegawai program di badan bukan berasaskan keuntungan, National Campaign to Prevent Teen Pregnancy, memuji kajian yang dilakukan dan berkata, "Ia seiring dengan pertimbangan."

"Media membantu membentuk skrip sosial untuk golongan remaja. Kebanyakan ibu bapa mengetahui fakta ini. Satu kajian yang baik yang telah mengesahkan hakikat itu," kata Albert.



LAKONAN berahi pelakon Hollywood yang memaparkan adegan seks meningkatkan bilangan remaja hamil luar nikah di Amerika Syarikat. – Gambar hiasan dari Malaysia


"Bagi seorang kanak-kanak yang tidak berbicara mengenai seks, dan dia menonton rancangan-rancangan televisyen yang mengandungi unsur seks dan beranggapan inilah yang dilakukan oleh mereka yang 'cool', hasil yang terbentuk agak jelas," kata Walsh lagi.

Sehubungan itu, beliau menasihati ibu bapa untuk berbicara dengan anak-anak mereka mengenai seks sebelum mencecah usia remaja.

Ibu bapa juga harus peka dengan apa yang ditonton anak-anak mereka dan membantu menapis rancangan yang dipenuhi mesej seks, kata Walsh. - AP

Kredit to Kosmo.com

P/s Mj2Uguys: Bila sajak kematian ditakuti ramai para ibu-bapa dalam masa yang sama, mereka suka anak mereka meniru gaya pelakon kesayangan mereka.. malah ada yang berbangga anak gadis mereka menari lenggok berpelukan "Itulah puteriku..".. tentu mereka lebih suka kalau anak mereka adalah pelakon utama adegan di bawah. So apa nak dikata..?

Video terpaksa ditutup kerana penulis tidak mahu turut sama bersubahat(terima kasih la_abwa kerana sudi memberi nasihat yang baik). so bagi sapa yang pernah terlihat nasihatlah sedara mara kita daripada berlaku demikian, saya yang first time terlihat terkejut nauzubillah.

Kepada Ibu bapa yang prihatin dan mempunyai anak teruna dan gadis. Luangkan lah masa bersama anak-anak, tambahan di dunia yang serba canggih tanpa sempadan ini, bukan "bz body" cubalah buat "spotcheck" handset mereka, manalah tahu tersirat lakonan nakal anak-anak kita atau kawan-kawan mereka, sekiranya ada mahupun tidak ada kita boleh muhasabah dan tangani dengan penuh berhikmah.

Allah dengan firman-Nya bermaksud: Katakanlah kepada kaum lelaki yang beriman supaya mereka tunduk pandangan (kawal pandangan) dari melihat yang haram dan hendaklah mereka menjaga kehormatan mereka, yang demikian itulah lebih baik untuk mereka, sesungguhnya Allah SWT amat mendalam pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan. Demikianlah sebaliknya kaum wanita hendaklah mengawal pandangan dan menjaga kehormatan mereka dan jangan cuba mendedah aurat melainkan tempat yang terdedah sahaja (muka dan tangannya), jangan dedah aurat mereka kecuali apa yang lahir daripadanya dan tutupilah dengan tudung mereka atas lubang tengkuk baju mereka, dan jangan dedah perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa suami (bapa mertua) atau anak-anak mereka atau anak suami (tiri) atau saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki dan wanita mereka atau wanita Islam atau hamba mereka atau orang gaji lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada wanita atau kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat wanita dan janganlah menghentak-hentak kaki mereka untuk diketahui apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlatlah kamu sekalian kepada Allah supaya kamu berjaya. (Surah al-Nur 30 -31).

Dan firman-Nya lagi bermaksud: Maka janganlah kamu bersuara manja (bercakap dengan suara yang menggiurkan (menggoda), maka akan tertarik (tergoda) mereka yang berpenyakit dalam hatinya dan bercakaplah dengan sopan dan baik. (Surah al-Ahzab ayat 32).

Jelas daripada panduan tersebut, semua pintu yang boleh membawa kepada kerja keji hendaklah ditutup dan dijauhi. Wallahualam.

8 komentar:

Anonim mengatakan...

Budak melayu sekarang memang melampau tambah yang belajar di sekolah menengah kerajaan.. pelajar semua pening.. mau tak pening pakaian guru pun seksi n seksa...

yang sekolah agama boleh la tahan sikit.. tapi ada juga.. aku pun xtaulah apa nak jadi dengan bangsa melayu kita

la_abwa mengatakan...

Saya quote ayat terakhir dari rencana sdr iaitu :"semua pintu yang boleh membawa kepada kerja keji hendaklah ditutup dan dijauhi. "

maka sebenarnya blog/rencana sdr ini juga dalah 'pintu' yg boleh membawa kpd perbuat n keji kerana didalamnya sdr juga turut secara
tak langsung mempromosi video2 tak senonoh dan gambar tak sopan.Matlamat tak menghalalkan cara, harap diteliti video2 yg dipaparkan, terdapat berpuluh link sangkut dgn vidoe tu.

Yg tak pernah tgok pun mungkin akn hgairan pula nak melihat, atas dasar nak tengok bukti. Mksiat tak perlu bukti, perkara ni dah berlaku sejak zaman jahiliah (sebelum zaman nabi). Di malaysia pun begitu, 30-40 tahun dulu lagi teruk rasanya.

Cuma masa kini maksiat seperti tak dapat dibendung kerana kemajuan teknologi ICT. sepatutnya maksita tidak dirakan dan disebar, itulah yg ditetapakan oleh hukum agama.malangnya penuntut aliran syari'ah pun berdiam diri malah turut mempromosi
laman2 begini secara tak langsung.

Saya bimbang kerana nila setitik
rosak susu sebelanga. Sepatutnya jika perkara ini benar berlaku depan mata yg menonton perlku menegur atu melapor kpd pihak berwajib (pihak sekolah) bukan mengambil gambar mrk dan menyebarnya diinternet.

Mungkin rencana begini boleh menrik minat pembaca berkunjungn ke blog sdr dan dalam masa yg sama dapat sdr mepromosi perkhimatan, itu satu idea yang bagus.Tetapi sekali lagi saya
tegaskan matlamat tak menghalalkan cara.
allahuaklam.

la_abwa mengatakan...

pembetulan perenggan 3:

Yg tak pernah tengok pun mungkin akan ghairah pula nak melihat, atas dasar nak tengok bukti. Maksiat tak perlu bukti (untuk dipercayai), perkara ni dah berlaku sejak zaman jahiliah (sebelum zaman nabi). Di malaysia pun begitu, 30-40 tahun dulu lagi teruk rasanya.(tambahan bukti hanya perlu jika ingin menjatuhkan hukum, bukan menjatuhkan maruah)

Anonim mengatakan...

la tak sempat nak tngok bukti aaa hulk, tapi bukti macamtu dah berlegar2. sampai ibu bapa pun dah tak kisah. asalkan bukan anak mereka. tapi nie semua cerita kat amarika, malaysia ok kot

Anonim mengatakan...

Sakit gigi aku baca cerita ni.

bagi aku artikel ni bagus cuma yang tak bestnya ada kesan tak? sebab dok cerita pelajar terlampau ni dah lama dah. tetapi masih belum terpadam makin menyala pula. kita tak boleh salah ibu bapa saja. kerajaan pun kena amik berat. aku masih teringat masa MP bersidang ada seorang menteri dia kata video macam ni perkara biasa. berderau darah aku.. terlopong MP pembangkang terkejut dgn sikap menteri tu. nampak sgt dia tak kisah.. mau kena atas kepala baru nak beringat.

Anonim mengatakan...

melayu sudah rosak.. filem teruk2.. geng pajabat agama tak tapis dulu ker filem dan movie melayu sekarang. banyak adegan panas. yg peliknya tanpa ada rasa bersalah siap banga lagi boleh berkemban. kepada bahagian penapisan filem harap jgn makan gaji buta yer. tima acih mj sebab bagi peringatan....

Ajang ganu,

Anonim mengatakan...

la abwa nie pun satu bukti kena ada kalu bukta tarak macamana kami saksi nak tengok. zaman sekarang kena dedahkan video2 tuh. klu xdedahkan semua ibu bapa masih dibuai mimpi dan hanya baca celotehan wartawan jer.bukti tarak macam cakap kosong. klu kasi tunjuk video nak pulak kena anak beranak sendiri baru nak buka mata dan tersedar dari lamunan. ini semua pakat tutup yg dok layan para remaja jer yg pandai cari sendiri.. ibu bapa tua2 mana tahu cari. lepas tuh xtahulah kegiatan sebenar anak2 mereka. apalah guna nya kita sembunyikan dari orang tua2 padahal benda rakam2 merakam adegan bogel remaja kita dah jadi perkara yg wajib dilalui menempuh alam dewasa. kalau video tun ada link lagi bagus sebab. pihak berkuasa yg terbaca secara tak langsung membantu pihak berkuasa mengesan siapa disebalik owners laman lucah tue. nie semua pakat cakap saja.. dah jumpa sembunyikan... lepastu pakai merebak tanpa disedari la. kepada penulis tayang semula. utk pengetahuan umum dan ibubapa yg tahu tekan blog baca surat khabar jer.. penulis tidak bersubahat.. cuma mendedahkan utk disedari umum..

Anonim mengatakan...

Betul kerajaan salah kerana tak sekat perkara macam ni, betul ibu bapa bersalah kerana tak didik anak2, betul ahli2 agama salah kerana tidak lantang bersuara. tapi dimanakah peranan kita sendiri sebagai pembaca blog, sebagai ahli keluarga, anggota masyarakat, pekerja kerajaan, mahupun swasta bersama2 menjalan kerja dengan kehendak Islam, memastikan makanan yg diberi adalah halal, kerja yang di buat berdasar syariat di samping bersosial dengan anggota keluarga dan masyarakat dengan sentiasa berpesan2 dengan kebaikan. Kenali sejauh mana kemampuan diri untuk mencegah yang mungkar, menyuruh yg makruf, tangan, lidah ataupun hati. perbincangan untuk menyelesaikan masalah lebih utama berbanding menghabis masa bercerita tentang masalah dan menyalahkan orang lain.

Sekadar gambar hiasan

Sekadar gambar hiasan

Koleksi Jam Antik Untuk Anda Miliki



Melawat Kilang Perabot Antik di EGYPT

Melawat Kilang Perabot Antik di EGYPT

Potret kenangan di Oversea, Mesir Alexender (Egypt)




madinah... Umrah

madinah... Umrah

Walid (ayah) dan Umi ku... Mekah

Walid (ayah) dan Umi ku... Mekah

Aku, Isteri, Anak (ammar daniel)...Indonesia (Chatuban perahu, Bandung)

Aku, Isteri, Anak (ammar daniel)...Indonesia (Chatuban perahu, Bandung)