17 November 2008

Sanggup dicerai demi pengkid


GEJALA pengkid dibimbangi semakin menular di kalangan rakyat Malaysia. - Gambar hiasan.



KUALA LUMPUR - Seorang isteri sanggup meninggalkan suaminya yang merupakan seorang ahli perniagaan dan seorang anak perempuannya semata-mata mengikuti pengkid yang menyerupai penyanyi lelaki pujaannya.

Isteri itu yang bekerja di institusi kewangan dan menjadi model sambilan dikatakan mula menjalin hubungan 'cinta songsang' dengan pengkid tersebut yang juga merupakan teman sekerjanya sejak penghujung 2005.

Bermula dengan hanya meminati wajah 'tampan' yang dimiliki pengkid berkenaan yang dikenali dengan Boy, Azni (bukan nama sebenar) yang merupakan model bertudung lantas jatuh hati dan cuba untuk mendekatinya.

Perkenalan itu akhirnya membuatkan mereka berdua rapat dan menjalin hubungan 'cinta songsang' secara senyap-senyap tanpa pengetahuan suami, keluarga dan rakan-rakan.

Menurut Azni, tindakannya itu menyebabkan rumah tangga yang dibina sejak tiga tahun lalu musnah.

Bercerita lanjut, Azni memberitahu, pada awal perhubungan dengan Boy, suaminya (Azim - bukan nama sebenar) tidak mengesyaki apa-apa meskipun beliau selalu pulang lewat.

Bukan sahaja pulang lewat tetapi Azni semakin lama mengabaikan anaknya dan tidak mempedulikan rumah tangganya.

"Suami hanya fikir saya sibuk dengan kerja sebagai model sambilan tanpa mengetahui sebenarnya telah curang bersama seorang pengkid," katanya.

Namun, kisah percintaan songsang itu akhirnya sampai juga ke pengetahuan Azim yang mengetahui perkara itu melalui rakan sekerja Azni dan juga anaknya sendiri.

"Azim betul-betul terkejut apabila anak saya bercerita tentang saya bersama Boy di atas katil dan rakannya pula bercerita tentang keakraban saya dengan pengkid itu.

Setelah tidak menemui jalan penyelesaian meskipun telah merujuk ke pejabat agama, Azim akhirnya terpaksa melepaskan isterinya ke tangan seorang pengkid pada penghujung 2006.

Sehingga kini, Azni dikatakan masih berhubungan dengan Boy.


P/s Mj2Uguys: Wah gila betul.. inilah dunia akhir zaman.. manusia tidak takut lagi akan bala Allah malah mereka seolah-olah mencabar kuasa Allah.. apatah lagi kuasa Mufti apalah sangat.. so apa nak di kata..?

5 komentar:

Anonim mengatakan...

tue dialah sebab klu xnak jalankan hukum Allah

Anonim mengatakan...

hampa tak dak kerja lain ka.. kerja nak cari salah kerajaan.

Bawang Goreng mengatakan...

Suka saya memetik kata-kata MAZA...

"... yang agak peliknya, dalam fatwa yang dikeluarkan itu ditegaskan tentang haramnya wanita menyerupai lelaki, sedangkan fenomena yang bertebaran kelihatan di sana-sini adalah lelaki yang menyerupai perempuan. Sama ada pada gaya bahasa, gaya berjalan, atau lebih-lebih lagi 'nafsu bercinta'. Wanita tiruan ini kelihatan dan kedengaran bukan sahaja di jalanan, tetapi juga di media massa; radio, televisyen dan akhbar. Mereka kelihatan mendapat lesen yang besar tanpa dipertikaikan oleh sesiapa. Tiba-tiba muncul fatwa yang menegaskan tentang 'haram pengkid' dan tidak pula menonjolkan tentang haram lelaki cuba menjadi wanita."

Anonim mengatakan...

ya la bawang goreng.. pondan gey apa semua macamana depa nie pun bnyak teruk... teringat aku kepada adik saipul bukhari yg menuduh diri sendiri kehilangan teruna..hehe...

Anonim mengatakan...

ha.. dulu kerajaan tolak cakap mufti, sampai mufi dipecat.. sekarang apa cerita.. bila ada segelintir manusia yg terasuh dgn cara BTN protes, jgnla sapa2 marah. MAlaysia kan demokrasi

Sekadar gambar hiasan

Sekadar gambar hiasan

Koleksi Jam Antik Untuk Anda Miliki



Melawat Kilang Perabot Antik di EGYPT

Melawat Kilang Perabot Antik di EGYPT

Potret kenangan di Oversea, Mesir Alexender (Egypt)




madinah... Umrah

madinah... Umrah

Walid (ayah) dan Umi ku... Mekah

Walid (ayah) dan Umi ku... Mekah

Aku, Isteri, Anak (ammar daniel)...Indonesia (Chatuban perahu, Bandung)

Aku, Isteri, Anak (ammar daniel)...Indonesia (Chatuban perahu, Bandung)