18 November 2008

Anak Suka Video, TV, dialog lucah dan hamil

Kesan pengaruh TV ke atas kanak-kanak serta remaja adalah isu yang sekian lama dibincangkan. Kajian terbaru cuba melihat peranan terhadap isu kehamilan di kalangan remaja.

MASALAH kehamilan luar nikah meningkat tiga peratus pada tahun 2006 di Amerika Syarikat... di Malaysia..?


SATU kajian terkini menunjukkan bahawa kadar kehamilan adalah lebih tinggi di kalangan remaja yang menonton banyak rancangan televisyen mengandungi dialog dan tingkah laku berbentuk seksual berbanding mereka yang mempunyai cita rasa yang lebih 'jinak'.

Kajian terbaru itu merupakan yang pertama menghubungkan tabiat menonton televisyen dengan kehamilan remaja, kata penulis utama, Anita Chandra, seorang saintis perlakuan Rand Corp.

Golongan remaja yang menonton rancangan-rancangan yang agak lucah dua kali lebih tinggi untuk mengandung dalam masa tiga tahun berbanding mereka yang kurang menonton program seumpama itu.

Kajian sebelum ini yang dilaksanakan oleh para saintis yang sama telah mendapati bahawa tabiat menonton rancangan berbentuk seks di televisyen boleh mempengaruhi golongan remaja untuk terlibat dalam aktiviti itu pada usia yang lebih muda.

Rancangan-rancangan yang hanya menekankan aspek positif tingkah laku seksual tanpa risiko yang ada boleh membawa kepada golongan remaja melakukan seks tanpa perlindungan sebelum mereka bersedia untuk mengalas tanggungjawab dan keputusan yang betul," kata Chandra.

Hasil kajian tersebut telah diterbitkan pada isu bulan November Pediatrics.

Ia melibatkan 2,003 remaja perempuan dan lelaki yang berusia 12 sehingga 17 tahun seluruh Amerika Syarikat (AS) menerusi soal selidik telefon mengenai tabiat menonton televisyen mereka pada tahun 2001.

Responden-responden terbabit ditemuramah sebanyak dua kali, terakhir pada tahun 2004, dan ditanya mengenai kehamilan.

Di kalangan remaja perempuan, 58 mengandung semasa temu ramah susulan itu, dan di kalangan lelaki, 33 mengatakan mereka telah menyebabkan seorang gadis mengandung.




SELAIN filem, rancangan-rancangan televisyen yang tidak ditapis menjadi salah satu punca kehamilan luar nikah dalam kalangan remaja Amerika Syarikat. – Gambar hiasan


Para peserta ditanya kekerapan mereka menonton salah satu atau lebih daripada 20 rancangan televisyen popular di kalangan remaja pada masa itu atau yang telah didapati mengandungi pengisian berbentuk seksual.

Antara rancangan-rancangan yang terlibat termasuk Sex and the City, That 70s Show dan Friends.

Kehamilan berlaku dua kali lebih kerap di kalangan mereka yang berkata sering menonton rancangan-rancangan tersebut berbanding remaja lain yang berkata amat jarang menontonnya.

Terdapat lebih tinggi jumlah mereka yang hamil di kalangan kumpulan remaja yang lebih dewasa, tetapi kadar kehamilan kekal konsisten di serata kumpulan usia remaja yang menonton program-program berunsurkan lucah.

Chandra berkata menonton televisyen mempunyai hubungan yang kuat dengan kehamilan remaja apabila faktor lain turut diambil perhatian, termasuk pencapaian di sekolah, struktur keluarga dan aras pendidikan ibu bapa.

Tambah Scroeder, "Media juga memainkan peranan tetapi kita tidak tahu setakat mana kerana terdapat pelbagai faktor lain."

Tetapi Bill Albert, ketua pegawai program di badan bukan berasaskan keuntungan, National Campaign to Prevent Teen Pregnancy, memuji kajian yang dilakukan dan berkata, "Ia seiring dengan pertimbangan."

"Media membantu membentuk skrip sosial untuk golongan remaja. Kebanyakan ibu bapa mengetahui fakta ini. Satu kajian yang baik yang telah mengesahkan hakikat itu," kata Albert.



LAKONAN berahi pelakon Hollywood yang memaparkan adegan seks meningkatkan bilangan remaja hamil luar nikah di Amerika Syarikat. – Gambar hiasan dari Malaysia


"Bagi seorang kanak-kanak yang tidak berbicara mengenai seks, dan dia menonton rancangan-rancangan televisyen yang mengandungi unsur seks dan beranggapan inilah yang dilakukan oleh mereka yang 'cool', hasil yang terbentuk agak jelas," kata Walsh lagi.

Sehubungan itu, beliau menasihati ibu bapa untuk berbicara dengan anak-anak mereka mengenai seks sebelum mencecah usia remaja.

Ibu bapa juga harus peka dengan apa yang ditonton anak-anak mereka dan membantu menapis rancangan yang dipenuhi mesej seks, kata Walsh. - AP

Kredit to Kosmo.com

P/s Mj2Uguys: Bila sajak kematian ditakuti ramai para ibu-bapa dalam masa yang sama, mereka suka anak mereka meniru gaya pelakon kesayangan mereka.. malah ada yang berbangga anak gadis mereka menari lenggok berpelukan "Itulah puteriku..".. tentu mereka lebih suka kalau anak mereka adalah pelakon utama adegan di bawah. So apa nak dikata..?

Video terpaksa ditutup kerana penulis tidak mahu turut sama bersubahat(terima kasih la_abwa kerana sudi memberi nasihat yang baik). so bagi sapa yang pernah terlihat nasihatlah sedara mara kita daripada berlaku demikian, saya yang first time terlihat terkejut nauzubillah.

Kepada Ibu bapa yang prihatin dan mempunyai anak teruna dan gadis. Luangkan lah masa bersama anak-anak, tambahan di dunia yang serba canggih tanpa sempadan ini, bukan "bz body" cubalah buat "spotcheck" handset mereka, manalah tahu tersirat lakonan nakal anak-anak kita atau kawan-kawan mereka, sekiranya ada mahupun tidak ada kita boleh muhasabah dan tangani dengan penuh berhikmah.

Allah dengan firman-Nya bermaksud: Katakanlah kepada kaum lelaki yang beriman supaya mereka tunduk pandangan (kawal pandangan) dari melihat yang haram dan hendaklah mereka menjaga kehormatan mereka, yang demikian itulah lebih baik untuk mereka, sesungguhnya Allah SWT amat mendalam pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan. Demikianlah sebaliknya kaum wanita hendaklah mengawal pandangan dan menjaga kehormatan mereka dan jangan cuba mendedah aurat melainkan tempat yang terdedah sahaja (muka dan tangannya), jangan dedah aurat mereka kecuali apa yang lahir daripadanya dan tutupilah dengan tudung mereka atas lubang tengkuk baju mereka, dan jangan dedah perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa suami (bapa mertua) atau anak-anak mereka atau anak suami (tiri) atau saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki dan wanita mereka atau wanita Islam atau hamba mereka atau orang gaji lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada wanita atau kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat wanita dan janganlah menghentak-hentak kaki mereka untuk diketahui apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlatlah kamu sekalian kepada Allah supaya kamu berjaya. (Surah al-Nur 30 -31).

Dan firman-Nya lagi bermaksud: Maka janganlah kamu bersuara manja (bercakap dengan suara yang menggiurkan (menggoda), maka akan tertarik (tergoda) mereka yang berpenyakit dalam hatinya dan bercakaplah dengan sopan dan baik. (Surah al-Ahzab ayat 32).

Jelas daripada panduan tersebut, semua pintu yang boleh membawa kepada kerja keji hendaklah ditutup dan dijauhi. Wallahualam.

17 November 2008

Sanggup dicerai demi pengkid


GEJALA pengkid dibimbangi semakin menular di kalangan rakyat Malaysia. - Gambar hiasan.



KUALA LUMPUR - Seorang isteri sanggup meninggalkan suaminya yang merupakan seorang ahli perniagaan dan seorang anak perempuannya semata-mata mengikuti pengkid yang menyerupai penyanyi lelaki pujaannya.

Isteri itu yang bekerja di institusi kewangan dan menjadi model sambilan dikatakan mula menjalin hubungan 'cinta songsang' dengan pengkid tersebut yang juga merupakan teman sekerjanya sejak penghujung 2005.

Bermula dengan hanya meminati wajah 'tampan' yang dimiliki pengkid berkenaan yang dikenali dengan Boy, Azni (bukan nama sebenar) yang merupakan model bertudung lantas jatuh hati dan cuba untuk mendekatinya.

Perkenalan itu akhirnya membuatkan mereka berdua rapat dan menjalin hubungan 'cinta songsang' secara senyap-senyap tanpa pengetahuan suami, keluarga dan rakan-rakan.

Menurut Azni, tindakannya itu menyebabkan rumah tangga yang dibina sejak tiga tahun lalu musnah.

Bercerita lanjut, Azni memberitahu, pada awal perhubungan dengan Boy, suaminya (Azim - bukan nama sebenar) tidak mengesyaki apa-apa meskipun beliau selalu pulang lewat.

Bukan sahaja pulang lewat tetapi Azni semakin lama mengabaikan anaknya dan tidak mempedulikan rumah tangganya.

"Suami hanya fikir saya sibuk dengan kerja sebagai model sambilan tanpa mengetahui sebenarnya telah curang bersama seorang pengkid," katanya.

Namun, kisah percintaan songsang itu akhirnya sampai juga ke pengetahuan Azim yang mengetahui perkara itu melalui rakan sekerja Azni dan juga anaknya sendiri.

"Azim betul-betul terkejut apabila anak saya bercerita tentang saya bersama Boy di atas katil dan rakannya pula bercerita tentang keakraban saya dengan pengkid itu.

Setelah tidak menemui jalan penyelesaian meskipun telah merujuk ke pejabat agama, Azim akhirnya terpaksa melepaskan isterinya ke tangan seorang pengkid pada penghujung 2006.

Sehingga kini, Azni dikatakan masih berhubungan dengan Boy.


P/s Mj2Uguys: Wah gila betul.. inilah dunia akhir zaman.. manusia tidak takut lagi akan bala Allah malah mereka seolah-olah mencabar kuasa Allah.. apatah lagi kuasa Mufti apalah sangat.. so apa nak di kata..?

My Family



Sekadar gambar hiasan

Sekadar gambar hiasan

Koleksi Jam Antik Untuk Anda Miliki



Melawat Kilang Perabot Antik di EGYPT

Melawat Kilang Perabot Antik di EGYPT

Potret kenangan di Oversea, Mesir Alexender (Egypt)




madinah... Umrah

madinah... Umrah

Walid (ayah) dan Umi ku... Mekah

Walid (ayah) dan Umi ku... Mekah

Aku, Isteri, Anak (ammar daniel)...Indonesia (Chatuban perahu, Bandung)

Aku, Isteri, Anak (ammar daniel)...Indonesia (Chatuban perahu, Bandung)