24 November 2008

Ada hati nak Datuk/Datuk Seri ekspres..?


SEORANG ahli perniagaan dari Kuantan menceritakan bagaimana dia ditawarkan gelaran Datuk ketika ditemui wartawan Kosmo! di Kuala Terengganu semalam.



KUALA TERENGGANU - Sesiapa pun boleh bergelar Datuk atau Datuk Seri jika sanggup bayar RM35,000.

Begitulah mudahnya mendapatkan gelaran prestij tersebut, dakwa seorang ejen yang bertanggungjawab menjual anugerah kehormat berkenaan kepada orang ramai khususnya para pemimpin masyarakat dan ahli perniagaan.

Kegiatan tersebut didedahkan seorang ahli perniagaan dari Kuantan berusia 40-an yang memberitahu pernah didatangi seorang ejen yang menawarkan gelaran Datuk.

"Ejen itu mengaku wakil istana Sultan Surakarta atau Solo di Indonesia dan saya hanya perlu bayar RM35,000 untuk mendapatkan gelaran yang diinginkan," katanya yang enggan dikenali ketika ditemui di sini semalam.

Dia mendakwa, ejen itu mahukan bayaran RM20,000 sebagai wang pendahuluan untuk menguruskan istiadat pengurniaan dan bakinya perlu dibayar kepada 'Sultan' di istana ketika majlis pengurniaan itu.

Menurutnya, pada awalnya dia agak tertarik dengan tawaran tersebut memandangkan ia boleh digunakan untuk melonjakkan imejnya sebagai ahli perniagaan.


P/s: ha.. macam2 zaman sekarang ni. Kerana hendak mudah, hendak nama dan cepat kaya manusia sanggup perjudikan apa saja untuk mengejarnya. So kita atau mereka yang bakal menceburi bidang bisnes tak perlulah terpengaruh dengan sesuatu yang tidak baik. Berusahalah dengan bersunguh-sungguh, InsyAllah anda akan diberikan rezeki yang halal, nama/darjat yang tinggi(tapi kenalah dermawan.., jgn kedekut) dan dipermudahkan segalanya selepas berusaha. So apa nak dikata..?

Sedikit info dipetik dari Wikipedia:
Lambang Surakarta.Lambang Surakarta.Lambang Surakarta.
Lambang Kota Surakarta Lambang Kasunanan Surakarta Lambang Praja Mangkunagaran Lokasi Surakarta di Pulau Jawa.
  • Cogan kata: Mulat sarira angrasa wani 1 "Kaji diri, berasa berani."
  • 1 Cogan kata kerajaan Mangkunegaran Provinsi Jawa Tengah
  • Luas wilayah 44.03 km²
  • Penduduk 552,542 (2005) - Kepadatan 12,998.97/km²
  • Suku bangsa Jawa, Tionghoa, Arab
  • Bahasa Jawa, Indonesia Agama Kejawen, Islam, Roman Katolik, Protestan, Hindu, agama Buddha
  • Kecamatan 5 - Kelurahan 51 Walikota Joko Widodo Timbalan Walikota F.X. Hadi Rudyatmo
  • Kod telefon 0271

Laman web rasmi: www.surakarta.go.id Sebarang kemusykilan tentang pemerintahan ini sila ajukan di laman web tersebut.

3 komentar:

Anonim mengatakan...

kelakar juga negara dah jadi republic . bagaimana nak bagi datuk. sultan pun dah tak ada.. pening betulla ahli perniagaan tue.

Anonim mengatakan...

di malaysia pun banyak juga yang dapat datuk beli.. datuk free pun ada sampai kena paksa terima. sampai malu pulak sipemberi.. shahrukhkhan(bukan nama sebenar) dia kata dia tolak mentah2 saja gelaran datuk yg depa nak bagi dekat dia. katanya bt pa dpt datuk klu dok kat India(bukan negara sebenar)bukan dapat apa faedah pun.. dia kata dekat india lagi mudah dapat datuk dan ramai dah jadi datuk.. katanya mudah saja begini.. "itu anak dara kita .. kasi kawin sama tamby..dua2 sama2 dapat anak. kita jadi datukla.. itu banyak senang pun susah bikin ka..?.."(dialek India..)hahahahahaa

Anonim mengatakan...

kerana masuk Islam Micheal JAkson pun nak di anugerah datuk...

Sekadar gambar hiasan

Sekadar gambar hiasan

Koleksi Jam Antik Untuk Anda Miliki



Melawat Kilang Perabot Antik di EGYPT

Melawat Kilang Perabot Antik di EGYPT

Potret kenangan di Oversea, Mesir Alexender (Egypt)




madinah... Umrah

madinah... Umrah

Walid (ayah) dan Umi ku... Mekah

Walid (ayah) dan Umi ku... Mekah

Aku, Isteri, Anak (ammar daniel)...Indonesia (Chatuban perahu, Bandung)

Aku, Isteri, Anak (ammar daniel)...Indonesia (Chatuban perahu, Bandung)