NAIROBI - Kurang seminggu mendapat perhatian dunia, kumpulan lanun Somalia kembali beraksi dengan merampas sebuah kapal kargo milik Yemen di Teluk Aden, kata pegawai maritim wilayah semalam.
Koordinator Program Bantuan Pelaut Afrika Barat, Andrew Mwangura berkata, kapal tersebut dikenali sebagai MV Amani tetapi tidak ada maklumat lanjut diperolehi.
Rampasan kapal itu berlaku hanya 10 hari selepas lanun dari Somalia merampas kapal pengangkut milik Arab Saudi yang dipercayai rampasan terbesar dalam sejarah maritim. Kejadian pada 15 November lalu membabitkan kapal Sirius Star yang membawa minyak mentah bernilai AS$100 juta (RM362 juta) itu turut membabitkan 25 krew dari Britain, Poland, Croatia, Arab Saudi serta Filipina.
Sejumlah serangan lanun terhadap kapal dagang di Teluk Aden sepanjang tahun ini membabitkan bayaran wang tebusan berjumlah jutaan dolar sekali gus meningkatkan kos insurans.
Keadaan merbahaya itu turut mengundang kehadiran tentera laut antarabangsa termasuk dari Malaysia. - Reuters
P/s: Wah.. Lanun semakin melampau hampir semua kapal cargo seluruh negara dirampas. Tentera laut antarabangsa dengan latihan dan kelengkapan canggih pun tak mampu menumpaskan kegiatan mereka, sunguh licik dan merbahaya. Apakah mereka punya tulang belakang yang berstatus "Kuasa Besar Dunia". So apa nak dikata..?
0 komentar:
Posting Komentar