15 Desember 2008

Tuan rumah lega 'pencuri' selamat kena penangan

Oleh HAMZAH SARAH
berita@kosmo.com.my Che Ibrahim menunjukkan bahagian dapur rumahnya yang ada kesan digelidah pencuri di Kampung Binjai, Kemaman baru-baru ini.

----------------------------
KEMAMAN - "Nasib baik saya cepat balik ke rumah kalau tidak, tak taulah nasib dia."

Demikian menurut seorang peniaga Che Ibrahim Che Abdullah, 57, mengenai kejadian seorang lelaki yang memecah masuk rumahnya, tetapi terperangkap selama tiga hari kerana gagal mencari jalan keluar.

Menurutnya, ketika kejadian pada 7 Disember lalu, dia balik ke kampungnya di Selising, Kelantan bersama isteri untuk menyambut Hari Raya Aidiladha dan pulang semula tiga hari kemudian.

Che Ibrahim berkata, sebaik masuk ke dalam rumah, isterinya pengsan apabila mendapati rumah dalam keadaan bersepah serta terdengar bunyi orang mengerang kesakitan di dalam bilik tidur.

"Bila saya periksa seorang lelaki yang saya kenal berada dalam keadaan lemah dan gagal keluar dari rumah kerana mendakwa pandangannya gelap akibat dihalang objek besar.

"Mujurlah kami hanya pulang selama tiga hari, kalau seminggu mungkin dia dah tak bernyawa," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Binjai di sini, semalam.

Kosmo! Sabtu lalu melaporkan seorang lelaki berusia 36 tahun terperangkap di dalam rumah milik pasangan suami itu semasa dipercayai mahu mencuri barangan berharga.

Suspek ditemui keletihan dan hampir kebuluran kerana tidak dapat mencari makanan serta mendakwa suasana di dalam rumah itu gelap-gelita.

___________________

P/s: Ingatke zaman dulu jer terjadi al-kisah teladan sebegini.., di zaman serba canggih pun bisa terjadi.., itulah dikatakan kuasa Allah releven sepanjang zaman..., kepada pencuri-pencuri di luar sana jangan coba-coba mencuri lagi... nanti ambe potong tangan.. hehe.. so apa nak di kata..?- Mj2Uguys

29 November 2008

Mawi TGNA Idolanya, Hishammuddin dan Khairy Peminatnya..?

Mawi: Mana bukti saya ahli PKR?

SHAH ALAM: "Mana ada? Mana bukti?," begitulah reaksi spontan dari penyanyi popular Mawi ketika diasak dengan pertanyaan benarkah beliau adalah ahli Parti keadilan Rakyat (PKR), seperti yang heboh diperkatakan di sebuah laman web kini.

seperti yang heboh diperkatakan di sebuah laman web kini.

"Masa bila...?. Lagipun tahun 1999, saya belumpun mendaftar untuk mengundi di SPR. Jadi macam mana saya hendak sertai parti itu?," jelas Mawi menafikan berita yang tersebar di laman web tersebut.

Mawi, yang ditemui di saringan Separuh Akhir Muzik-muzik kategori etnik kreatif di Studio Sri pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam sebentar tadi, terus-terusan menafikan penglibatan beliau dengan parti pembangkang itu.-mstar

_____________________________

Pernah suatu tika dulu dunia artis digemparkan dengan kehadiran seorang bintang baru bergelar Mawi dengan idolanya iaitu YAB Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila astro menayangkan rumah keluarga beliau, di mana terdapat potret TGNA.






_____________________________

POPULAR dan berimej Islamik, itulah aset yang ada pada juara Akademi Fantasia musim ketiga (AF3). Asmawi Ani (24 tahun) atau Mawi. Album Mawi terbitan Maestro pun laris beratus ribu unit. Ramai yang mahu menjadikan Mawi sebagai ikon remaja.

Putera UMNO, melalui Pengerusi Bironya - Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim pun pernah berhasrat mempelawa Mawi untuk menyertai Putera UMNO.

Pada 28 Ogos lalu Mawi telah diundang untuk menyanyi menghiburkan orang ramai sempena pelancaran Putera UMNO peringkat negeri Kedah di Kupang, Baling Kedah.

Mawi menyanyi dengan memakai baju dan topi putih berlambangkan logo Putera UMNO. Turut hadir di majlis itu ialah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Naib Ketuanya - Khairy Jamaluddin, seluruh anggota Exco Pemuda UMNO dan Pengerusi Biro Putera UMNO - Datuk Abdul Azeez.

Datuk Seri Hishammuddin turut melancarkan Kelab Motosikal Putera UMNO dan menerima borang keanggotaan baru Putera UMNO Kedah seramai 3,000 orang pada hari itu.

Wartawan Mangga - ROSALWANI CHE SOH sempat menemubual Datuk Abdul Azeez di pejabatnya pada 7 Ogos 2005 lalu bagi mendapatkan kepastian tentang respon Mawi. Kita ikuti temubual itu:

MANGGA: Semasa perhimpunan Agong UMNO pada bulan Julai yang lalu, Datuk ada menyatakan hasrat untuk melamar Mawi menyertai Putera UMNO, apa respon Mawi?

DATUK AZEEZ: Alhamdullilah, saya terima feedback yang positif dari Mawi. Ketika Mawi menjayakan pertunjukan sempena pelancaran Putera Umno peringkat Negeri Kedah, pada 28 Ogos lalu, Mawi ada menyatakan yang dia akan cuba bersama-sama dalam program-program yang dirancang oleh Biro Putera UMNO.

Di kesempatan ini juga, saya, Datuk Sri Hishammuddin dan Khairy ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Mawi kerana sudi hadir di majlis kami. Biarpun Mawi nampak penat, namun Mawi tidak langsung mengeluh dan dia amat berbesar hati dapat menjayakan program Putera UMNO.-Mangga

____________________________

P/s: Hehe kelakar juga.. Bila org glamour ramailah yang ingin akui itu dan ini.. namun respon beliau agak serius apabila dikatakan penyokong dan ahli PKR, tapi bila difikirkan balik kenapa wartawan itu tidak terus mendesak tetang gosip idolanya dan adakah beliau seorang yang pernah menyokong PAS atau UMNO...? Tapi jangan terkejut kalau Mawi akui penyokong setia blog MJ2Uguys.. so apa nak dikata..?hehe.

27 November 2008

Apalah nasib malang anak luar nikah ini..

Dilahirkan sebagai anak luar nikah, Sakina terpaksa mengharungi kehidupan yang berliku. Bagaimanakah dia dapat mengubah masa depannya?

* Nama yang tersiar dalan artikel ini adalah nama samaran tetapi berlandaskan cerita sebenar. Identiti sebenar individu terbabit adalah dirahsiakan. – PENGARANG




BERAT hati yang bertanya, berat lagi hati yang menjawab. Begitulah perasaan yang bergelodak ketika mengajukan beberapa soalan penting.

Tergambar kepedihan di wajahnya kepedihan kala bertentangan mata. Enggan memulakan bicara pada mulanya, isi hati yang terbuku di hati wanita berusia 29 tahun ini sukar dikongsi dengan sesiapa, lebih-lebih lagi dengan orang yang tidak dikenali.

Dia hanya memperkenalkan namanya sebagai Sakina. Seperti wanita seusianya, Sakina tampil sederhana bersama bakal suami, yang dikenali sebagai Gavin di tempat pertemuan seperti yang dijanjikan.

Sakina membuka bicara dengan menunjukkan sijil kelahiran yang diperoleh hasil bantuan Gavin pada pertengahan tahun lalu.

Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiranya. Nombor sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.




Kata Sakina, dia sendiri tidak mengesyaki apa-apa sehingga keluarga angkatnya secara tidak sengaja membuka rahsia. Semuanya disebabkan oleh desakan hidup.

"Bapa angkat saya kerap minum arak dan tidak mempunyai pekerjaan tetap. Dia mempunyai sembilan orang anak lain dan apabila semuanya masuk sekolah, wang menjadi isu."

"Lalu perangai sebenarnya terserlah. Bergaduh dengan ibu dan marah tak tentu pasal. Satu hari terpacul dari mulutnya bahawa saya bukan anak kandungnya," kata Sakina yang ketika itu berusia 15 tahun.

Memandangkan kos sara hidup keluarga yang kian meningkat, bapa angkatnya menghalaunya keluar dari rumah dan terpaksa mencari jalan untuk menyara hidup sendiri.

Tanpa mengetahui sama ada ibu bapa kandungnya pernah kahwin atau tidak, dia hanya diberitahu oleh neneknya bahawa ibunya meninggal dunia akibat sakit mental, manakala bapanya tidak dapat dikesan.

Sakina terus tinggal dengan nenek tua itu sehingga dewasa. Memandangkan dia tidak pernah ke sekolah, Sakina menjalani kehidupannya tanpa mendapatkan pertolongan sesiapa. Kekangan hidup menyebabkan Sakina tidak ke sekolah dan akhirnya menjadi buta huruf.




"Sudah berpuluh-puluh kali saya naik turun kilang untuk diterima bekerja sebagai pekerja kilang. Tak seorang pun mahu mengambil saya bekerja kerana saya tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah," katanya yang ketiadaan sijil kelahiran dan kad pengenalan diri.

Akibat tertekan Sakina berkali-kali cuba bertindak membunuh diri. Mujur, niatnya itu terbatal setelah Gavin memberi harapan. Berpacaran sejak tiga tahun yang lalu, jejaka ini menerima Sakina seadanya.

Gavin banyak membantu Sakina mendapatkan sijil kelahiran dengan membawa ibu dan bapa angkat untuk mengangkat sumpah di mahkamah.

"Jika diteliti kes sebegini, yang harus dipersalahkan ialah ibu bapa kandungnya. Anak yang tidak bersalah terpaksa mengharungi detik-detik hidup yang perit," ujar Presiden Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Mira Samantha ketika diminta mengulas mengenai kes seumpama ini.

"Jangan persalahkan mereka sekiranya mereka menyembunyikan identiti masing-masing. Itu hak mereka. Cerminlah diri kita sendiri yang meminggirkan mereka atas alasan dan sebab yang tidak munasabah. Haruskah mereka menanggung aib?" tegas Mira.

Mira mengingatkan umum bahawa mereka adalah manusia biasa seperti orang lain. "Dia bukannya berpenyakit! "Biar dia hidup. Biar dia mencapai cita-citanya. Biar dia membuat pilihan sendiri."




Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran. Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak tak sah taraf.

Berdasarkan kepada laporan rasmi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), terdapat lebih 257, 000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai yang lalu.

Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat.

Melihat kegentingan situasi yang dihadapi, banyak badan bukan kerajaan (NGO) dan kerajaan tampil menguar-uarkan bantuan yang disediakan. Saravanan M. Sinapan, Pengarah Pembangunan Komuniti, Era Konsumer Malaysia (ERA), menerima sekurang-kurangnya 20 masalah berkaitan dengan pemerolehan sijil kelahiran dan enam daripadanya melibatkan anak luar nikah.

"Banyak faktor yang mempengaruhi 'wabak penyakit' ini. Cuma jika tidak dibendung, ia boleh merebak dengan cepat," katanya yang secara peribadi menganggap terma 'anak luar nikah' agak kasar.

Baru-baru ini, kes Sakina yang dibawa ke perhatiannya, ditangani. Sakina mendapatkan kad pengenalan hijau yang tertera pemastautin sementara.

"Buat masa ini, dia ada dokumen. Kita akan cuba untuk menukarkan statusnya kepada warganegara tetap ia mengambil masa. Kita perlu kerjasama saksi yang dapat mengangkat sumpah bahawa dia anak kepada siapa," jelas Saravanan.


SAKINA menaruh harapan masa depannya akan berubah selepas berkahwin dengan Gavin.


Dengan adanya kad pengenalan itu, Sakina berharap dia diberi peluang untuk bekerja dan menjalani kehidupan normal.

"Sekarang, saya boleh menulis dan membaca bahasa Tamil dan dengan kemahiran menjahit, saya mahu menggalas sebahagian beban kebajikan Siva terhadap saya dan keluarganya," katanya menutup bicara.


P/s: Dunia sekarang bagai baru tersentak betapa arak, judi dan zina pemusnah masa depan manusia, kesedihan dan malangnya hidup dirasai sendiri oleh Muslim dan bukan muslim. Inilah natijah pengharamannya. Sekiranya masih berluasa-luasa usah bermimpi perkara ini dapat ditangani dengan jayanya.

Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam Surah Al Maa-idah ayat 90 - 91, tafsirnya:

"Wahai orang-orang yang beriman, bahwa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah semata-mata kotor (keji) dari perbuatan syaitan, oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil."

Sesungguhnya arak itu terlalu banyak keburukan dan kemudaratan kepada manusia, di antaranya:

- Merosakkan akal fikiran dan kesihatan.

- Merosakkan akhlak dan akidah seseorang.

- Memalingkan manusia daripada ingatkan Allah Subhanahu Wata'ala dan daripada mengerjakan sembahyang.

- Membawa manusia ke arah kemurkaan Allah Subhanahu Wata'ala.

- Boleh menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara manusia.

- Memporak-perandakan rumah tangga, keluarga, masyarakat dan negara.

Arak juga telah didapati menjadi penyebab berlakunya zina dan sumbang mahram. Apabila mabuk, tidak mustahil seseorang itu sanggup memperkosa sesiapa saja termasuklah memperkosa anak sendiri dan tidak mustahil pula mereka sanggup melakukan kekejaman, pembunuhan dan sebagainya.

Di dalam kitab Jauharul Mauhuub ada menerangkan tentang seorang abid (orang yang kuat beribadat) yang bernama Barsyisya yang taat beribadat kepada Allah Subhanahu Wata'ala, akan tetapi di akhir hayatnya beliau telah meninggal dunia dengan melakukan dosa-dosa besar bermula dari meminum arak, berzina, membunuh dan berakhir dengan mensyirikkan Allah Subhanahu Wata'ala.

Sekadar itu saja. So apa nak dikata..?- Mj2Uguys.

26 November 2008

Kapal Yemen pula dirampas lanun Somalia.. Lepas ni..?

NAIROBI - Kurang seminggu mendapat perhatian dunia, kumpulan lanun Somalia kembali beraksi dengan merampas sebuah kapal kargo milik Yemen di Teluk Aden, kata pegawai maritim wilayah semalam.

Koordinator Program Bantuan Pelaut Afrika Barat, Andrew Mwangura berkata, kapal tersebut dikenali sebagai MV Amani tetapi tidak ada maklumat lanjut diperolehi.


Rampasan kapal itu berlaku hanya 10 hari selepas lanun dari Somalia merampas kapal pengangkut milik Arab Saudi yang dipercayai rampasan terbesar dalam sejarah maritim. Kejadian pada 15 November lalu membabitkan kapal Sirius Star yang membawa minyak mentah bernilai AS$100 juta (RM362 juta) itu turut membabitkan 25 krew dari Britain, Poland, Croatia, Arab Saudi serta Filipina.
Sejumlah serangan lanun terhadap kapal dagang di Teluk Aden sepanjang tahun ini membabitkan bayaran wang tebusan berjumlah jutaan dolar sekali gus meningkatkan kos insurans.

Keadaan merbahaya itu turut mengundang kehadiran tentera laut antarabangsa termasuk dari Malaysia. - Reuters


P/s: Wah.. Lanun semakin melampau hampir semua kapal cargo seluruh negara dirampas. Tentera laut antarabangsa dengan latihan dan kelengkapan canggih pun tak mampu menumpaskan kegiatan mereka, sunguh licik dan merbahaya. Apakah mereka punya tulang belakang yang berstatus "Kuasa Besar Dunia". So apa nak dikata..?

24 November 2008

Ada hati nak Datuk/Datuk Seri ekspres..?


SEORANG ahli perniagaan dari Kuantan menceritakan bagaimana dia ditawarkan gelaran Datuk ketika ditemui wartawan Kosmo! di Kuala Terengganu semalam.



KUALA TERENGGANU - Sesiapa pun boleh bergelar Datuk atau Datuk Seri jika sanggup bayar RM35,000.

Begitulah mudahnya mendapatkan gelaran prestij tersebut, dakwa seorang ejen yang bertanggungjawab menjual anugerah kehormat berkenaan kepada orang ramai khususnya para pemimpin masyarakat dan ahli perniagaan.

Kegiatan tersebut didedahkan seorang ahli perniagaan dari Kuantan berusia 40-an yang memberitahu pernah didatangi seorang ejen yang menawarkan gelaran Datuk.

"Ejen itu mengaku wakil istana Sultan Surakarta atau Solo di Indonesia dan saya hanya perlu bayar RM35,000 untuk mendapatkan gelaran yang diinginkan," katanya yang enggan dikenali ketika ditemui di sini semalam.

Dia mendakwa, ejen itu mahukan bayaran RM20,000 sebagai wang pendahuluan untuk menguruskan istiadat pengurniaan dan bakinya perlu dibayar kepada 'Sultan' di istana ketika majlis pengurniaan itu.

Menurutnya, pada awalnya dia agak tertarik dengan tawaran tersebut memandangkan ia boleh digunakan untuk melonjakkan imejnya sebagai ahli perniagaan.


P/s: ha.. macam2 zaman sekarang ni. Kerana hendak mudah, hendak nama dan cepat kaya manusia sanggup perjudikan apa saja untuk mengejarnya. So kita atau mereka yang bakal menceburi bidang bisnes tak perlulah terpengaruh dengan sesuatu yang tidak baik. Berusahalah dengan bersunguh-sungguh, InsyAllah anda akan diberikan rezeki yang halal, nama/darjat yang tinggi(tapi kenalah dermawan.., jgn kedekut) dan dipermudahkan segalanya selepas berusaha. So apa nak dikata..?

Sedikit info dipetik dari Wikipedia:
Lambang Surakarta.Lambang Surakarta.Lambang Surakarta.
Lambang Kota Surakarta Lambang Kasunanan Surakarta Lambang Praja Mangkunagaran Lokasi Surakarta di Pulau Jawa.
  • Cogan kata: Mulat sarira angrasa wani 1 "Kaji diri, berasa berani."
  • 1 Cogan kata kerajaan Mangkunegaran Provinsi Jawa Tengah
  • Luas wilayah 44.03 km²
  • Penduduk 552,542 (2005) - Kepadatan 12,998.97/km²
  • Suku bangsa Jawa, Tionghoa, Arab
  • Bahasa Jawa, Indonesia Agama Kejawen, Islam, Roman Katolik, Protestan, Hindu, agama Buddha
  • Kecamatan 5 - Kelurahan 51 Walikota Joko Widodo Timbalan Walikota F.X. Hadi Rudyatmo
  • Kod telefon 0271

Laman web rasmi: www.surakarta.go.id Sebarang kemusykilan tentang pemerintahan ini sila ajukan di laman web tersebut.

18 November 2008

Anak Suka Video, TV, dialog lucah dan hamil

Kesan pengaruh TV ke atas kanak-kanak serta remaja adalah isu yang sekian lama dibincangkan. Kajian terbaru cuba melihat peranan terhadap isu kehamilan di kalangan remaja.

MASALAH kehamilan luar nikah meningkat tiga peratus pada tahun 2006 di Amerika Syarikat... di Malaysia..?


SATU kajian terkini menunjukkan bahawa kadar kehamilan adalah lebih tinggi di kalangan remaja yang menonton banyak rancangan televisyen mengandungi dialog dan tingkah laku berbentuk seksual berbanding mereka yang mempunyai cita rasa yang lebih 'jinak'.

Kajian terbaru itu merupakan yang pertama menghubungkan tabiat menonton televisyen dengan kehamilan remaja, kata penulis utama, Anita Chandra, seorang saintis perlakuan Rand Corp.

Golongan remaja yang menonton rancangan-rancangan yang agak lucah dua kali lebih tinggi untuk mengandung dalam masa tiga tahun berbanding mereka yang kurang menonton program seumpama itu.

Kajian sebelum ini yang dilaksanakan oleh para saintis yang sama telah mendapati bahawa tabiat menonton rancangan berbentuk seks di televisyen boleh mempengaruhi golongan remaja untuk terlibat dalam aktiviti itu pada usia yang lebih muda.

Rancangan-rancangan yang hanya menekankan aspek positif tingkah laku seksual tanpa risiko yang ada boleh membawa kepada golongan remaja melakukan seks tanpa perlindungan sebelum mereka bersedia untuk mengalas tanggungjawab dan keputusan yang betul," kata Chandra.

Hasil kajian tersebut telah diterbitkan pada isu bulan November Pediatrics.

Ia melibatkan 2,003 remaja perempuan dan lelaki yang berusia 12 sehingga 17 tahun seluruh Amerika Syarikat (AS) menerusi soal selidik telefon mengenai tabiat menonton televisyen mereka pada tahun 2001.

Responden-responden terbabit ditemuramah sebanyak dua kali, terakhir pada tahun 2004, dan ditanya mengenai kehamilan.

Di kalangan remaja perempuan, 58 mengandung semasa temu ramah susulan itu, dan di kalangan lelaki, 33 mengatakan mereka telah menyebabkan seorang gadis mengandung.




SELAIN filem, rancangan-rancangan televisyen yang tidak ditapis menjadi salah satu punca kehamilan luar nikah dalam kalangan remaja Amerika Syarikat. – Gambar hiasan


Para peserta ditanya kekerapan mereka menonton salah satu atau lebih daripada 20 rancangan televisyen popular di kalangan remaja pada masa itu atau yang telah didapati mengandungi pengisian berbentuk seksual.

Antara rancangan-rancangan yang terlibat termasuk Sex and the City, That 70s Show dan Friends.

Kehamilan berlaku dua kali lebih kerap di kalangan mereka yang berkata sering menonton rancangan-rancangan tersebut berbanding remaja lain yang berkata amat jarang menontonnya.

Terdapat lebih tinggi jumlah mereka yang hamil di kalangan kumpulan remaja yang lebih dewasa, tetapi kadar kehamilan kekal konsisten di serata kumpulan usia remaja yang menonton program-program berunsurkan lucah.

Chandra berkata menonton televisyen mempunyai hubungan yang kuat dengan kehamilan remaja apabila faktor lain turut diambil perhatian, termasuk pencapaian di sekolah, struktur keluarga dan aras pendidikan ibu bapa.

Tambah Scroeder, "Media juga memainkan peranan tetapi kita tidak tahu setakat mana kerana terdapat pelbagai faktor lain."

Tetapi Bill Albert, ketua pegawai program di badan bukan berasaskan keuntungan, National Campaign to Prevent Teen Pregnancy, memuji kajian yang dilakukan dan berkata, "Ia seiring dengan pertimbangan."

"Media membantu membentuk skrip sosial untuk golongan remaja. Kebanyakan ibu bapa mengetahui fakta ini. Satu kajian yang baik yang telah mengesahkan hakikat itu," kata Albert.



LAKONAN berahi pelakon Hollywood yang memaparkan adegan seks meningkatkan bilangan remaja hamil luar nikah di Amerika Syarikat. – Gambar hiasan dari Malaysia


"Bagi seorang kanak-kanak yang tidak berbicara mengenai seks, dan dia menonton rancangan-rancangan televisyen yang mengandungi unsur seks dan beranggapan inilah yang dilakukan oleh mereka yang 'cool', hasil yang terbentuk agak jelas," kata Walsh lagi.

Sehubungan itu, beliau menasihati ibu bapa untuk berbicara dengan anak-anak mereka mengenai seks sebelum mencecah usia remaja.

Ibu bapa juga harus peka dengan apa yang ditonton anak-anak mereka dan membantu menapis rancangan yang dipenuhi mesej seks, kata Walsh. - AP

Kredit to Kosmo.com

P/s Mj2Uguys: Bila sajak kematian ditakuti ramai para ibu-bapa dalam masa yang sama, mereka suka anak mereka meniru gaya pelakon kesayangan mereka.. malah ada yang berbangga anak gadis mereka menari lenggok berpelukan "Itulah puteriku..".. tentu mereka lebih suka kalau anak mereka adalah pelakon utama adegan di bawah. So apa nak dikata..?

Video terpaksa ditutup kerana penulis tidak mahu turut sama bersubahat(terima kasih la_abwa kerana sudi memberi nasihat yang baik). so bagi sapa yang pernah terlihat nasihatlah sedara mara kita daripada berlaku demikian, saya yang first time terlihat terkejut nauzubillah.

Kepada Ibu bapa yang prihatin dan mempunyai anak teruna dan gadis. Luangkan lah masa bersama anak-anak, tambahan di dunia yang serba canggih tanpa sempadan ini, bukan "bz body" cubalah buat "spotcheck" handset mereka, manalah tahu tersirat lakonan nakal anak-anak kita atau kawan-kawan mereka, sekiranya ada mahupun tidak ada kita boleh muhasabah dan tangani dengan penuh berhikmah.

Allah dengan firman-Nya bermaksud: Katakanlah kepada kaum lelaki yang beriman supaya mereka tunduk pandangan (kawal pandangan) dari melihat yang haram dan hendaklah mereka menjaga kehormatan mereka, yang demikian itulah lebih baik untuk mereka, sesungguhnya Allah SWT amat mendalam pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan. Demikianlah sebaliknya kaum wanita hendaklah mengawal pandangan dan menjaga kehormatan mereka dan jangan cuba mendedah aurat melainkan tempat yang terdedah sahaja (muka dan tangannya), jangan dedah aurat mereka kecuali apa yang lahir daripadanya dan tutupilah dengan tudung mereka atas lubang tengkuk baju mereka, dan jangan dedah perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa suami (bapa mertua) atau anak-anak mereka atau anak suami (tiri) atau saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki dan wanita mereka atau wanita Islam atau hamba mereka atau orang gaji lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada wanita atau kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat wanita dan janganlah menghentak-hentak kaki mereka untuk diketahui apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlatlah kamu sekalian kepada Allah supaya kamu berjaya. (Surah al-Nur 30 -31).

Dan firman-Nya lagi bermaksud: Maka janganlah kamu bersuara manja (bercakap dengan suara yang menggiurkan (menggoda), maka akan tertarik (tergoda) mereka yang berpenyakit dalam hatinya dan bercakaplah dengan sopan dan baik. (Surah al-Ahzab ayat 32).

Jelas daripada panduan tersebut, semua pintu yang boleh membawa kepada kerja keji hendaklah ditutup dan dijauhi. Wallahualam.

17 November 2008

Sanggup dicerai demi pengkid


GEJALA pengkid dibimbangi semakin menular di kalangan rakyat Malaysia. - Gambar hiasan.



KUALA LUMPUR - Seorang isteri sanggup meninggalkan suaminya yang merupakan seorang ahli perniagaan dan seorang anak perempuannya semata-mata mengikuti pengkid yang menyerupai penyanyi lelaki pujaannya.

Isteri itu yang bekerja di institusi kewangan dan menjadi model sambilan dikatakan mula menjalin hubungan 'cinta songsang' dengan pengkid tersebut yang juga merupakan teman sekerjanya sejak penghujung 2005.

Bermula dengan hanya meminati wajah 'tampan' yang dimiliki pengkid berkenaan yang dikenali dengan Boy, Azni (bukan nama sebenar) yang merupakan model bertudung lantas jatuh hati dan cuba untuk mendekatinya.

Perkenalan itu akhirnya membuatkan mereka berdua rapat dan menjalin hubungan 'cinta songsang' secara senyap-senyap tanpa pengetahuan suami, keluarga dan rakan-rakan.

Menurut Azni, tindakannya itu menyebabkan rumah tangga yang dibina sejak tiga tahun lalu musnah.

Bercerita lanjut, Azni memberitahu, pada awal perhubungan dengan Boy, suaminya (Azim - bukan nama sebenar) tidak mengesyaki apa-apa meskipun beliau selalu pulang lewat.

Bukan sahaja pulang lewat tetapi Azni semakin lama mengabaikan anaknya dan tidak mempedulikan rumah tangganya.

"Suami hanya fikir saya sibuk dengan kerja sebagai model sambilan tanpa mengetahui sebenarnya telah curang bersama seorang pengkid," katanya.

Namun, kisah percintaan songsang itu akhirnya sampai juga ke pengetahuan Azim yang mengetahui perkara itu melalui rakan sekerja Azni dan juga anaknya sendiri.

"Azim betul-betul terkejut apabila anak saya bercerita tentang saya bersama Boy di atas katil dan rakannya pula bercerita tentang keakraban saya dengan pengkid itu.

Setelah tidak menemui jalan penyelesaian meskipun telah merujuk ke pejabat agama, Azim akhirnya terpaksa melepaskan isterinya ke tangan seorang pengkid pada penghujung 2006.

Sehingga kini, Azni dikatakan masih berhubungan dengan Boy.


P/s Mj2Uguys: Wah gila betul.. inilah dunia akhir zaman.. manusia tidak takut lagi akan bala Allah malah mereka seolah-olah mencabar kuasa Allah.. apatah lagi kuasa Mufti apalah sangat.. so apa nak di kata..?

My Family



Sekadar gambar hiasan

Sekadar gambar hiasan

Koleksi Jam Antik Untuk Anda Miliki



Melawat Kilang Perabot Antik di EGYPT

Melawat Kilang Perabot Antik di EGYPT

Potret kenangan di Oversea, Mesir Alexender (Egypt)




madinah... Umrah

madinah... Umrah

Walid (ayah) dan Umi ku... Mekah

Walid (ayah) dan Umi ku... Mekah

Aku, Isteri, Anak (ammar daniel)...Indonesia (Chatuban perahu, Bandung)

Aku, Isteri, Anak (ammar daniel)...Indonesia (Chatuban perahu, Bandung)